Sejarah SMK Maran

 Lipatan Sejarah SMK Maran

11Januari 1965

·         Pembukaan SMK Maran

·         Sekolah menengah pertama di daerah Maran

·         Pengetua ~ Encik Mohamad bin Ab. Ghani

·         45 pelajar dan 3 orang guru

1 Mei 1969

·         Sekolah menengah pertama di daerah Maran

·         Pengetua ~ Encik Mohamad bin Ab. Ghani

·         SMK Maran dibuka secara rasmi YAB Dato’ Haji Abd. Razak bin Dato’ Hussain

·         (Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

·         Terdiri daripada 4 blok bangunan

 

1975

·         Dijadikan sekolah menengah atas dengan pembukaan kelas tingkatan empat sastera dan

calon pertama menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1976. 

 

1981

·         Kelas aliran sains dan kelas peralihan telah diperkenalkan

 

1983

·         Sekolah pertama di daerah Maran yang menawarkan pembelajaran tingkatan enam dan

pelaksanaan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kali pertama pada 1984. 

 

2000

·         Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diperkenalkan.

·         Sekolah satu sesi dilaksanakan dengan penggunaan bangunan baru empat tingkat.

 

2001

·         Kelas Aliran Agama (KAA) diwujudkan untuk tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

 

2006 

·         Makmal Komputer yang telah siap dibina pada tahun 2005 mula beroperasi.

·         Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah diperbesar dan dinaik taraf di Blok A.

·         Penubuhan Pusat Akses Sekolah dengan seorang Juruteknik Komputer (FT17)

 

 

2008

·         Era baru bermula dalam pentadbiran dan pengurusan tingkatan enam setelah pelaksanaan Sistem Modular.

 

2009

·         Penstrukturan semula pejabat dan bilik guru untuk pemantapan pengurusan sekolah.

·         Dataran Perhimpunan Terbuka Ibnu Sina yang berbumbung siap dibina dan boleh digunakan.

 

11 Januari 2016

·         Sambutan Jubli Emas ~ usia SMK Maran telah menjangkau setengah abad.

 

2022 dan tahun-tahun akan mendatang

·         Penaiktarafan surau At-Taqwa SMK Maran

·         Pembinaan semula dataran merah dan lapangan memanah diwujudkan

·         SMK Maran telah melahirkan ramai pemimpin negara, tokoh korporat, ahli profesional,

ahli sukan, cendiakawan, dan masyarakat yang banyak menabur bakti dan menyumbang

kepada perkembangan dan pembangunan negara Malaysia dalam era globalisasi ini.

Semoga SMK Maran terus merintis cabaran untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan demi

mencapai visi sekolah berprestasi tinggi pada tahun 2018.

No comments:

Post a Comment